Sunday, May 15, 2011

ketika sahabat menjadi pengkhianat

         

     
                                                            Bismillahirahmanirahim




Sahabat.........................................

Apa dikau mengetahui, bahawa diri ini menyanyangi dikau lebih dari yang kau tahu..

Aku ingin melindungi dikau dari segala ancaman...aku ingin membimbingmu ke arah kebenaran...

Aku ingin menemanimu walau apa jua keadaan..

Malah aku juga rela berkorban demimu duhai sahabat yang ku kasihi......


                                                  
Di mataku, dikau umpama Syauqah wardah...

kau dan aku telah berjanji untuk sama2 berjuang di atas agama Allah yang hak...

Pertemuan kita buat pertama kali, telah meyakinkan aku, bahawa pilihanku adalah tepat!




Aku yakin dengan pilihanku untuk menjadikan dikau sebagi teman seperjuanganku..

tetapi...........



Apakah aku tersalah mentafsir dirimu duhai sahabat....

Apakah aku salah memilih dikau menjadi sahabatku??

Yang menjadi persoalanku.... Apakah yang telah meracuni fikrahnya sehingga kau tegar melakukan perbuatan begitu....??

Aku menjadi terkesima dengan perubahannya yang begitu drastik..

Ya Allah...aku hanyalah hambamu yang lemah.. 
Aku tahu tiada manusia yang perfect di dunia ini! tidak ada seorang pun yang tidak pernah melakukan kesilapan! 

Aku tidak layak untuk menghukummu duhai sahabat.. kerana aku bukan tuhan

Aku hanya mampu menyerumu ke jalan kebenaran, kerana aku juga bukan pemberi hidayah!

Sahabat...kembalilah kejalan kebenaran...

Jadilah dirimu yang dahulu, seorang sahabat yang aku pernahku kenali sebagai seorang yang solehah

Aku akan mendoakn dikau sahabat...........

Walau diriku jauh darimu....ingatlah Allah itu sangat dekat denganmu

Walau engkau berubah sekalipun, janganlah dikau berubah kerana aku, tapi, berubahlah kerana yang maha esa...





Moga ukhwah yang disemai pada suatu ketika dahulu, akan sentiasa mekar hingga ke jannah...

Amin....

Ana uhibbukifillah ya ukhti

Jazakallahukhairan^_^

Sunday, May 8, 2011

KaTa-kAtA uNtuk DiFiKIr bErSaMa


  • Andai cermin itu bayangan wajah, maka akhlak itu bayangan peribadi, andai pengetahuan itu bayangan ilmu, maka taqwa itu banyangan iman.
  • Teman yang baik susah dicari, lebih sukar ditinggalkan dan mustahil utk dilupakan.
  • Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
  • Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun dibukakan untuk kita.
  • Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehingga ia pergi.
  • If ever day comes and u find a better friend than me, just remember that what i gave to u is the best of what i have and what i am to u is the best that i can only be.
  • Kawanlah selagi hati, bercintalah selagi ada yang sudi, gembiralah selagi ada teman di sisi, ingatlah kawan selagi terasa ia beerti.
  • Hearts could only love 4 a while, feet could only walk 4 somewhile, clothes won’t 4 ever be in style but having a friend like u is 4 ever worthwhile.
  • Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup utk membuat kita rasa diri kita menarik, percubaan yang cukup utk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup utk membuatkan kita bahagia.
  • Memberi sesorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikan ia terus mekar di hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit utk jatuh hati pada seseorang, satu jam utk menyukai seseorang, satu hari utk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup utk melupakan seseorang.
  • Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskan hidup kita supaya apabila kita mati nanti kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.
  • “Kalaulah anda tidak mampu menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambahkan dukanya….” “Hidup ini ibarat meniti seutas benang, kadangkala kita jatuh dan terluka…itulah yang aku rasai saat ini….”
Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah

IBu Vs KeKaSiH

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

aLhAmDuLIlLaH

“Aku hairan sungguh…
Melihat manusia berbangga dengan manusia,
Makhluk yang lemah dijadikan Allah.
Manusia yang paling hebat Rasullulah s.a.w.
Baginda ke langit dalam semalaman
Baginda melihat penghuni Syurga
Baginda melihat azabnya Neraka
Baginda memegang kuncinya Syurga
Hari ini..
Manusia baru ke angkasa
dengan bantuan manusia..
dengan kelengkapan siapan manusia
dengan sumbangan kesusahan manusia
dengan keringat rakyat jelata
berbangga dengan satu manusia
yang hidup matinya di tangan yang Esa
Bangganya Aku..
Punya nabi yang diMikrajkan
Punya nabi yang aku banggakan”

mAkNa HaDiAH

JAM TANGAN………
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN………….
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG………….
Tanda mesra

RANTAI LEHER …….
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG………….
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT…………..
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN…….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG………….
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI…….
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR…..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU……………
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA……………
Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ……..
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ………
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN………
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HaNyA sEkAdAr ReNuNgAn.....PeAcE nO wAr

TeLItI ItU pEnTInG


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan
pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat
mayat itu
diletakkan..
“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang
doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,
pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan
menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang
demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila
semua pelajar
selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti
tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ……
 
SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!

Friday, February 4, 2011




ADAB MAKAN


                                                     


In The Name Of  Allah




MULAKAN DENGAN ”BISMILLAH”

Nabi SAW apabila makan dan minum, pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. perbuatan itu, bukan sekadar dilakukan oleh baginda SAW sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain.

Bahkan, ia merupakan pesanan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada kanak-kanak, yang menunjukkan ia merupakan didikan Nabi terhadap mereka.

Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW;
ADAB MAKAN DAN MINUM CARA NABI SAW

Dalam makan, ada perkara yang wajib di jaga, dan wujud juga perkara yang sunat di jaga. Perkara yang wajib di jaga adalah, mengelak memakan makanan yang haram, seperti arak, babi, binatang yang tidak disembelih dan sebagainya.

Adapun perkara sunat dijaga ketika makan adalah, makan tersebut dilakukan dengan beradab. Bermakna, apabila makan tidak beradab, ia tidak mendatangkan dosa.

Ada sebilangan manusia, yang makan makanan yang haram, tetapi dalam masa yang sama mereka amat mementingkan adab. Ekoran itu, mereka membaca “bismillah” apabila makan daging babi. Sudah pasti, tindakan ini amat bercanggah dengan konsep Islam.

Ia sama seperti, orang yang mementingkan adab menegur, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mementingkan usaha melarang daripada berlaku penipuan, melakukan tindakan yang merugikan islam dan sebagainya. Walhal, menipu adalah perkara yang haram, dan menegur adalah perkara yang wajib, tetapi adab menegur adalah perkara yang sunat.

Walaubagaimana pun, di sini, di paparkan beberapa hadis-hadis yang sempat dihimpun berkenaan dengan makan dan minum Nabi SAW. ia adalah seperti berikut;


يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك

Maksudnya;
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu
[1]

Dari hadis ini, kita dapat pelajari beberapa perkara berikut;

Pertama :

Nabi SAW, apabila menegur, baginda SAw akan berfikir kesan disebalik teguran. Justeru, apabila kesilapan itu dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang bernama Umar bin Abi Salamah, nabi SAW tidak menggunakan namanya, sebaliknya nabi Muhammad SAW menggunakan panggilan manja.

Dalam bahasa arab, penggunaan kalimah ”ghulam”, ia merujuk kepada panggilan manja kepada kanak-kanak. Panggilan itu, amat diminati di kalangan kanak-kanak arab.

Ekoran itu, panggilan manja itu digunakan oleh Nabi SAW, dalam memberi teguran.

Kedua:

Nabi SAW berpesan agar makan itu dimulakan dengan membaca ”bismillah”. Ia merupakan penentu dalam keberkatan pada makanan itu sendiri.

Disamping itu juga, ketika sedang makan, ada adabnya tersendiri. Antara adab yang ditekankan dalam hadis ini adalah, tidak mengjangkaui tangan ketika mengambil lauk melainkan mengambil yang paling hampir terlebih dahulu.

Tindakan mengambil lauk yang jauh sehingga menjangkaui pinggan dan piring, bukanlah satu perkara yang ditegah oleh syarak. Pun begitu, tindakan digalakan agar tidak dibuat.

KETIKA LUPA BERDOA

Kadangkala, ada manusia itu makan terlupa untuk memulakan makan dengan membaca “Bismillah”. Mungkin kerana terlalu lapar, atau sememangnya tidak teringat langsung.

Dalam hadis, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata, bersabda Nabi SAW;

من نسي أن يذكر الله في أول طعامه فليقل حين يذكر : باسم الله في أوله وآخره

Maksudnya;
“barangsiapa lupa bahawa menyebut nama Allah pada awal makannya, maka hendaklah dia berkata ketika ingat “dengan Nama Allah pada awalnya dan akhirnya
[2]

TANGAN KANAN

Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.

Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;

إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

Maksudnya;
“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya
[3]


Dari hadis ini, di nyatakan bahawa makan dengan tangan kanan merupakan satu suruhan dari Nabi SAW. di nyatakan juga, bahawa tindakan makan dengan menggunakan tangan kiri adalah amalan syaitan.

TIDAK MINUM BERDIRI

Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata;

أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً

Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW mencegah minum air dalam keadaan berdiri
[4]

TIDAK GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK

Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.

Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, merupakan kesombongan, walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.

Daripada satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman berkata, “aku dengar Nabi SAW bersabda;

ولا تشربوا في آنية الذهب والفضة ، و لا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولنا في الآخرة

Maksudnya;
“Jangan kamu minum dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga, jangan makan dengan menggunakan pinggan-pinggannya. Ini kerana, bagi mereka di dunia, tetapi ia bagi kita di akhirat
[5]

CARA MAKAN DAN MINUM

Nabi SAW mempunyai cara-caranya tersendiri ketika makan dan minum. Nabi SAW apabila makan, baginda pasti akan menggunakan tiga jarinya.

Daripada Kaab bin Malik berkata;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع ، ويلعق يده قبل أن يمسحها

Maksudnya;
“Rasulullah SAW makan dengan tiga jarinya, lalu menjilat tangannya sebelum membersihkannya
[6]
TIDAK CELA MAKANAN

Kadang-kadang, ketika kita makan, ada makanan yang kita tidak selera. Ataupun, mungkin faktor makanan tersebut tidak sedap dan sebagainya.

Perasaan sebegitu, tidak sekadar berlaku pada diri kita sahaja, malahan berlaku juga pada diri Nabi Muhammad SAW. justeru, apakah tindakan Nabi SAW ketika berlaku sedemikian.

Dalam hadis, daripada Abu Hurairah berkata;

ما عاب النبي صلى الله عليه وسلم طعاماً قط ، ان اشتهاه أكله وإن كرهه تركه

Maksudnya;
“Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya nabi berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya
[7]

TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi SAW tidak pernah makan banyak seperti kita. Jika kita makan, kadangkala mengjangkaui kekenyangan teramat sangat, sehingga bersedawa 3 hingga 5 kali. Perbuatan tersebut tidak disukai oleh Nabi SAW.

Justeru, daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, daripada Nabi SAW bersabda;

الكافر يأكل في سبعة أمعاء والمؤمن يأكل في معىً واحد

Maksudnya;
“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja
[8]
MAKAN BERJEMAAH

Berjemaah merupakan tuntutan. Ia kerana, berjemaah mewujudkan saling bantu membantu. Apabila wujud seorang yang susah, pasti dengan berjemaah, seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

Disebalik kebaikkan berjemaah ini, wujud juga keberkatan disebalik kita berjemaah. Berkat diterjemah sebagai “zat” jika dinisbahkan kepada makanan.

Ada manusia yang makan banyak, tetapi muka mereka pucat. Apabila ditanya, mengapa muka pucat, walhal makan banyak? Jawapan yang kita akan kedengari adalah, makanan tersebut makanan yang tidak mempunyai zat.

Dalam menjalani kehidupan, perkara ’zat’ amat penting. Sepertimana perlunya zat pada makanan untuk mencapai kesihatan tubuh badan, maka begitujuga dalam perkara selain daripada makanan.

Ada manusia yang mempunyai harta yang banyak, tetapi hartanya mudah habis. Tetapi, ada manusia yang mempunyai harta yang sedikit, tetapi hartanya susah habis.

Ada orang yang mempunyai kekayaan yang mengkagumkan. Apabila dilihat di dalam bank, wang simpanan mereka menjangkaui jutaan ringgit. Namun begitu, kehidupan si kaya tersebut tidak pernah tenang; masalah dalam keluarga sering terjadi, seperti kecurian, kena tipu, masalah anak-anak dan sebagainya. segala kekalutan dalam kehidupan itu berpunca daripada ketiadaan berkat.

Dalam mencapai keberkatan, Nabi SAW amat meminta agar umat mencarinya. Sehingga sampai satu tahap, dalam perkara yang melibatkan makan pun dituntut.

Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;

أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه

Maksudnya;
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “benar”. Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut
[9]
KEADAAN DUDUK KETIKA MAKAN

Ketika makan, Nabi SAW amat menjaga cara dan kaedah duduk. Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إني لا آكل متكئاً

Maksudnya;
“Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar
[10]

Begitujuga hadis daripada Anas bin Malik berkata;

رأيت النبي صلى الله عليه وسلم مقعياً يأكل تمراً

Maksudnya;
“Aku nampak Nabi SAW dalam keadaan duduk ketika makan buah kurma
[11]

Bahkan, makan dalam keadaan merupakan tanda manusia itu sebagai manusia yang merendah diri, tidak manusia yang sombong dan samseng.

Dalam hadis, daripada Abdullh bin basar berkata, “Aku telah menghadiahkan kepada Nabi SAW seekor kambing. Nabi SAW makan kambing tersebut sambil duduk, menyebabkan seorang badwi bertanya, “mengapa duduk?”

Mendengar kata badwi itu, Nabi SAW terus bersabda;

إن الله جعلني عبداً كريماً ، ولم يجعلني جباراً عنيداً

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah menjadikan aku hamba yang mulia, dan tidak menjadikan aku orang yang sombong dan degil
[12]

MINUM SUSU

Dalam banyak-banyak minuman yang wujud di atas muka bumi, susu merupakan minuman yang cukup disukai oleh Nabi SAW.

Ekoran itu, jika dilihat pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa dia berkata, apabila Nabi SAW makan makanan yang biasa, Nabi SAW akan berdoa seperti berikut;

اللهم بارك لنا فيه ، وأطعمنا خيراً منه

Maksudnya;
‘Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini. dan berilah makanan kepada kami yang lebih baik daripada ini”

Pun begitu, ketika baginda SAW minum susu, baginda akan berdoa seperti berikut;

اللهم بارك لنا فيه ، وزدنا منه ، فإنه ليس شيء يجزئ من الطعام والشراب إلا اللبن.

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada susu ini, dan tambahilah susu ini untuk kami. ini kerana, tidak ada yang dapat mengatasi makan dan minuman melainkan susu
[13]


Wallahu ‘Alam
Sumber drpd,